[KUALA LUMPUR] Pemacu Api Tour 2019

Description
Peminat muzik sekalian! Jom saksikan tour pertama Toko Kilat bersama Noh Salleh yang akan bermula di Pulau Pinang, Johor Bahru dan berakhir di Kuala Lumpur. Hayati lagu-lagu terbaru yang bakal dimainkan buat pertama kali, dapatkan CD dan kaset serta barangan rasmi edisi terhad Pemacu Api Tour 2019 (PAT2019).

Jom dengarkan album sulung Toko Kilat yang kini boleh didapati di semua rangkaian penstriman seperti Spotify, Apple Music dan Joox. Ketahui lebih lanjut tentang Toko Kilat di www.tokokilatband.com atau di Facebook dan Instagram.

Dapatkan tiket untuk Johor Bahru dan Penang di sini.


Maklumat Kembara

Tarikh : 14 September 2019, Sabtu

Masa: 6:00 PM - 11:55 PM

Lokasi: The Gasket Alley @ Petaling Jaya


Maklumat Tiket

Tiket Edisi Terhad Pembelian Awal @ RM30 (Kemasukan + Rantai Kunci Eksklusif + Pek Pelekat + Poster)

Tiket Edisi Terhad Pra Jualan @ RM40 (Kemasukan + Rantai Kunci Eksklusif + Pek Pelekat + Poster)

Pembelian Di Pintu @ RM50 (Kemasukan)



Toko Kilat

Toko Kilat adalah kugiran pro-rock yang dianggotai penggiat muzik aliran alternatif berpengalaman. Percaya bahawa menghasilkan nada dan irama itu merentasi sempadan masa dan trend, mereka kekal tekun dan serius dalam berkarya serta tabah menggalas kehidupan ‘working class’.


Noh Salleh

Mohammad Noh Bin Salleh atau lebih popular dengan nama Noh Salleh, ialah seorang penulis dan penyanyi anak kelahiran tempatan. Dia juga penyanyi dan penulis utama kugiran rock Hujan yang pada ketika ini telahpun menerbitkan sebanyak 6 buah album.



Maklumat Acara
  • Pintu dibuka pada jam 6.00 petang
  • Barangan rasmi edisi terhad Pemacu Api Tour (PAT2019) boleh didapati di semua acara.
  • Setiap tiket hanya sah untuk satu (1) kemasukan sahaja (seorang).
  • Harap maklum bahawa penggubahan atau pembatalan tidak boleh dibuat selepas pembelian.
  • Tiket akan ditukar dengan gelang tangan konsert (wristband) di pintu masuk.
  • Selepas menukar tiket anda, gelang tangan konsert (wristband) akan menjadi bukti pembelian tiket. Gelang tangan konsert (wristband) yang telah ditanggalkan tidak lagi sah, jadi pastikan anda tidak menanggalkan gelang tangan konsert (wristband) sehingga konsert benar-benar berakhir.
  • Jualan tiket dalam talian akan diberhentikan selepas tiket habis jual. Sila buat pembelian di pintu konsert.

Tip Berguna
  • Hadir lebih awal untuk dapatkan barangan rasmi edisi terhad dan nikmati aktiviti-aktiviti menarik.
  • Trak makanan dan minuman juga ada. Belilah tiket dan datang bersama teman-teman anda.
  • Untuk sebarang pertanyaan tentang tiket sila e-mel nichole@thegasketalley.com

Untuk perguna debit kad yang mengalami masalah untuk membeli tiket, sila tekan link dibawah untuk informasi lanjut:
https://help.peatix.com/customer/en/portal/articles/2388149--for-users-in-malaysia-paypal-faqs
Updates
  • The event description was updated. Diff#452913 2019-07-11 08:25:58
More updates
Sat Sep 14, 2019
6:00 PM - 11:55 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Tickets
Early Bird ~ Aug 2 7:30 PM RM30.00
Pre Sales RM40.00
Door Sales RM50.00
Venue Address
Lot 15, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, Petaling Jaya Malaysia
Organizer
The Gasket Alley
141 Followers