Perancangan Bahasa Melayu Singapura: Antara Nostalgia Warisan dan Dinamika Pembangunan | Peatix tag:peatix.com,2011:1 2021-11-15T09:42:02+08:00 Peatix Malay Heritage Centre Perancangan Bahasa Melayu Singapura: Antara Nostalgia Warisan dan Dinamika Pembangunan tag:peatix.com,2018:event-429691 2018-09-22T14:00:00SGT 2018-09-22T14:00:00SGT Perancangan Bahasa Melayu Singapura: Antara Nostalgia Warisan dan Dinamika PembangunanSebuah usaha sama Taman Warisan Melayu dan Jabatan Pengajian Melayu, NUSMajlis Bahasa Melayu Singapura mula menganjurkan Bulan Bahasa Melayu pada tahun 1988. Sebelum itu, aktiviti sedemikian dianjurkan oleh Majlis Pusat, pada tahun 1982, dan Dewan Bahasa dan Kebudayaan Singapura di bawah riayah Kementerian Kebudayaan pada tahun 1966 (pada ketika itu dipanggil Bulan Bahasa Kebangsaan). 30 tahun ini (1988 – 2018) merupakan jarak waktu yang paling konsisten kempen bulan bahasa Melayu dianjurkan oleh agensi pemerintah mahupun badan-badan kemasyarakatan. Kertas kerja ini akan melihat secara objektif sejarah perkembangan perancangan bahasa Melayu di Singapura dengan menggunakan kerangka Cooper (1980) melalui kempen bulan bahasa. Kertas ini akan menilai keberksesanan kempen tersebut melalui penggunaan cogan kata serta risalah yang digunakan, bentuk dan jenis aktiviti yang dianjurkan, serta hala tuju bahasa Melayu itu sendiri menjelang 2065.Biodata PembentangDr Mohamed Aidil Subhan bin Mohamed Sulor – Pensyarah kurikulum dan pedagogi di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang. Bidang kajian beliau meliputi pembinaan kurikulum dan pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, dan aspek perancangan bahasa dalam kerangka dwi-bahasa di Singapura. Buku terkini beliau bertajuk “Bilingualism and Malay Language Planning in Singapore”. Kajian terkini beliau adalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menggunakan teknik translanguaging (teknik dwi-bahasa). Encik Muhammad Irwan bin Jamal – Felo Pengajar di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang. Beliau merupakan seorang pendidik dan calon Sarjana di Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Asia NIE/NTU. Tajuk disertasi beliau adalah “Kempen Bahasa Melayu Di Singapura: Satu Analisis Wacana Kritis”. Kini beliau menyambung kajian dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.