2018 Kelas E-Dagang SITEC 301: Pemasaran Digital | Peatix tag:peatix.com,2011:1 2021-11-15T09:36:18+08:00 Peatix Sidec 2018 Kelas E-Dagang SITEC 301: Pemasaran Digital tag:peatix.com,2018:event-365984 2018-05-15T13:30:00MYT 2018-05-15T13:30:00MYT Kelas E-Dagang SITEC: Pemasaran DigitalModul: Pemasaran Atas Talian 301Khas untuk mereka yang baru menjejak kaki ke dunia e-Dagang, setiap kelas akan dipimpin oleh seorang jurulatih yang akan mengajar dan menjadi mentor, bersama pembentang lain yang semuanya berpengalaman dalam industri e-Dagang, untuk mengongsikan pandangan serta pengalaman mereka.Tentang Kelas Ini:Memang tiada keraguan apabila dikatakan bahawa Pemasaran Digital adalah bahagian yang penting dalam strategi pemasaran setiap perniagaan. Namun begitu, apakah sebenarnya Pemasaran Digital, dan apakah strategi-strategi utama yang boleh digunakan untuk mengembangkan jangkauan serta menukarkan trafik kepada pelanggan?Sediakan diri untuk Zaman Digital ini, dan menjadi pemasar digital yang celik sekarang.Sertailah Jurulatih Engku Anwar dan Sulaiman Mokhtar untuk petunjuk tentang asas-asas e-Dagang, berserta penceramah jemputan yang semuanya berpengalaman dalam industri ini.Selangor Information Technology E-Commerce Council (SITEC) ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015. Kami menganjurkan siri seminar yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis forum dan panel perbincangan serta mengundang beberapa orang usahawan e-dagang yang telah berjaya dan cemerlang untuk berkongsi kisah suka duka & pengalaman mereka dalam dunia e-dagang. Kami berharap ia akan menjadi pemangkin kepada perusahaan tradisional serta para peniaga untuk membangunkan perniagaan mereka sehingga berjaya dalam perniagaan online agar dapat membantu Selangor untuk kekal di barisan hadapan bagi pertumbuhan sosial-ekonomi dan perkembangan pesat dalam e-dagang.Penganjur: SITECDisokong oleh: Invest SelangorTarikh: 15 Mei 2018 | SelasaMasa: 1:30PM - 4:00PMBayaran: PercumaTempat: SDCC (Selangor Digital Creative Centre)Alamat: E-28-1, Jalan Multimedia 7/AG, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor. (Peta)Aturcara13:30 Sesi Pendaftaran14:00 Pengenalan SITEC14:15 Jurulatih 1 - Engku Anwar Hilmi15:15 Jurulatih 2 - Sulaiman Mokhtar16.00 Sesi Fotografi, Jamuan Ringan dan Sesi Berinteraksi* Kelas ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.Siapakah yang patut hadir? Para peniaga e-Dagang, Penyelenggara Teknologi Maklumat & Internet, Peniaga Kecil & Sederhana, Peruncit, Kedai Rantaian dan sebagainya.Pertanyaan & Pendaftaran:Laman Web: https://sitecec301bm.eventbrite.comEmel: ecclass@sitec.com.myTel: 0172609960 - Salman