2018 Kelas E-Dagang SITEC 301: Pemasaran Digital

Description

Kelas E-Dagang SITEC: Pemasaran Digital

Modul: Pemasaran Atas Talian 301

Khas untuk mereka yang baru menjejak kaki ke dunia e-Dagang, setiap kelas akan dipimpin oleh seorang jurulatih yang akan mengajar dan menjadi mentor, bersama pembentang lain yang semuanya berpengalaman dalam industri e-Dagang, untuk mengongsikan pandangan serta pengalaman mereka.

Tentang Kelas Ini:

Memang tiada keraguan apabila dikatakan bahawa Pemasaran Digital adalah bahagian yang penting dalam strategi pemasaran setiap perniagaan. Namun begitu, apakah sebenarnya Pemasaran Digital, dan apakah strategi-strategi utama yang boleh digunakan untuk mengembangkan jangkauan serta menukarkan trafik kepada pelanggan?

Sediakan diri untuk Zaman Digital ini, dan menjadi pemasar digital yang celik sekarang.

Sertailah Jurulatih Engku Anwar dan Sulaiman Mokhtar untuk petunjuk tentang asas-asas e-Dagang, berserta penceramah jemputan yang semuanya berpengalaman dalam industri ini.

Selangor Information Technology E-Commerce Council (SITEC) ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015. Kami menganjurkan siri seminar yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis forum dan panel perbincangan serta mengundang beberapa orang usahawan e-dagang yang telah berjaya dan cemerlang untuk berkongsi kisah suka duka & pengalaman mereka dalam dunia e-dagang. Kami berharap ia akan menjadi pemangkin kepada perusahaan tradisional serta para peniaga untuk membangunkan perniagaan mereka sehingga berjaya dalam perniagaan online agar dapat membantu Selangor untuk kekal di barisan hadapan bagi pertumbuhan sosial-ekonomi dan perkembangan pesat dalam e-dagang.

Penganjur: SITEC
Disokong oleh: Invest Selangor
Tarikh: 15 Mei 2018 | Selasa
Masa: 1:30PM - 4:00PM
Bayaran: Percuma
Tempat: SDCC (Selangor Digital Creative Centre)
Alamat: E-28-1, Jalan Multimedia 7/AG, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor. (Peta)

Aturcara
13:30 Sesi Pendaftaran
14:00 Pengenalan SITEC
14:15 Jurulatih 1 - Engku Anwar Hilmi
15:15 Jurulatih 2 - Sulaiman Mokhtar
16.00 Sesi Fotografi, Jamuan Ringan dan Sesi Berinteraksi

* Kelas ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.

Siapakah yang patut hadir?
Para peniaga e-Dagang, Penyelenggara Teknologi Maklumat & Internet, Peniaga Kecil & Sederhana, Peruncit, Kedai Rantaian dan sebagainya.

Pertanyaan & Pendaftaran:
Laman Web: https://sitecec301bm.eventbrite.com
Emel: ecclass@sitec.com.my
Tel: 0172609960 - Salman

Tue May 15, 2018
1:30 PM - 4:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Tickets
RSVP
Venue Address
E-28-1, City Park, i-City,, Jalan Multimedia 7/AG, Seksyen 7, Shah Alam Malaysia
Organizer
2018 SITEC E-Commerce Class
77 Followers