Program Pensijilan Profesional Pemasaran Digital | Peatix tag:peatix.com,2011:1 2019-11-01T13:57:24+08:00 Peatix DMC Training Program Pensijilan Profesional Pemasaran Digital tag:peatix.com,2018:event-364134 2018-03-27T19:30:00MYT 2018-03-27T19:30:00MYT Anda Sudah Bersedia untuk Menjadi Pakar Pemasaran Digital yang Berpendapatan Lumayan dan Mendapat Permintaan Tinggi dalam Masa 5 Minggu?Industri digital kini sedang berkembang pesat. Setiap sektor industri turut terkesan dengan kemajuan sektor digital – daripada sektor peruncitan hingga ke jenama dan agensi. Pernahkah anda diberi tugasan pemasaran digital oleh pihak pengurusan? Adakah anda pengurus projek atau akaun di sebuah agensi kreatif? Adakah anda bekerja untuk syarikat baru atau kecil dan mengendalikan sendiri segala tugasan digital? Inilah kursus yang mungkin anda perlukan! Direka khusus untuk pelajar dan profesional yang berminat untuk memahami dengan lebih mendalam segalanya yang merangkumi pemasaran digital.Kursus berteraskan praktikal ini akan melengkapkan anda dengan tip dan strategi tentang perancangan jenama anda dan strategi pemasaran, apakah saluran digital yang boleh didapati di pasaran serta cara menggunakannya, dan bagaimana untuk menjejaki dan menganalisa semua usaha pemasaran anda menggunakan keputusan yang didorong oleh data. [FAKTA] Pemasaran Digital adalah Masa Depan Bidang PemasaranPopulariti pemasaran digital pada masa kini tidak dapat dinafikan. Pemasaran digital telah berkembang daripada trend yang diragui kepada pengarah terpenting dalam masa yang singkat.Anda mungkin perasan trend ini – Kemahiran dalam pemasaran digital mempunyai permintaan yang tinggi dan jurang kemahiran digital semakin meluas (dan terus meledak melangkau batasan) dan banyak jenama kini memberikan lebih tumpuan terhadap pemasaran digital berbanding sebelumnya. Belanjawan yang lebih besar, gaji yang semakin meningkat dan lebih banyak pilihan pekerjaan adalah antara manfaat yang pakar pemasaran digital boleh jangkakan tahun ini dan mendatang.Belajar daripada Syarikat Latihan No.1 Pemasaran Digital di MalaysiaKursus ini mengajar anda membina strategi digital bermula dari teras asas: Kenapa saya tubuhkan perniagaan saya dan kenapa pelanggan saya ambil kisah? Diakhir kursus ini, pelajar akan lebih memahami secara holistik dan praktikal tentang sektor digital  untuk menjana perkembangan dan kejayaan perniagaan mereka.Kami menggunakan program berstruktur bernama RACE:R – Reach (Capai)A – Act (Bertindak)C – Convert (Tukar)E – Engage (Libat)3 Manfaat Terbesar Menjadi Pakar Pemasaran DigitalMembina Lebih Banyak Prospek untuk PerniagaanMenjadi Profesional yang mendapat Permintaan TinggiDibayar Gaji Lebih Tinggi daripada Rakan SebayaMemperkenalkan Program Pensijilan Profesional Pemasaran Digital DMC Ini adalah Program Pensijilan selama 90-Hari untuk Mempelajari Teknik Terbaik Pemasaran Digital Marketing dan Anda akan Belajar…Topik 1 – Pengenalan kepada Pemasaran Digital (PD)Menetapkan Matlamat AndaMemahami Persona Pelanggan AndaMerancang Kempen Pemasaran Digital AndaBagaimana untuk Mengekalkan dan mengautomatikkan Susulan Jualan Menggunakan Pemasaran E-mel.Topik 2 – Menubuhkan Laman Web Anda  (Bahagian 1)Apa itu WordPressMenetapkan Domain dan HostingMenetapkan Halaman WordPress Pertama AndaMenyesuaikan Susun Atur AsasTopik 3 – Menubuhkan Laman Web Anda  (Bahagian 2)Menetapkan Tema WordPressMenetapkan Contact FormMenetapkan Halaman Arahan (Landing Page)Topik 4 – Search Engine Optimisation (SEO)Asas SEOKenal Pasti Kata Kunci beserta CarianMembandingkan PesaingOnpage OptimizationOffpage OptimizationPerisian Analisa Pesaing (Competition Analysis)Topik 5 – Social Media Marketing (Bahagian 1)Apa itu Pemasaran FacebookBagaimana untuk Membina Halaman FacebookMemahami Jenis-Jenis Iklan di FacebookTopik 6 – Social Media Marketing (Bahagian 2)Membuka Akaun InstagramCara Menggunakan Instagram sebagai Alat PemasaranMembina Saluran YoutubeMenggunakan Pemasaran Youtube untuk Meningkatkan ProspekTopik 7 – Social Media Marketing (Bahagian 3)Menggunakan LinkedIn untuk PerniagaanMenetapkan dan Mengoptimumkan Profil LinkedInMemahami Jenis-Jenis Iklan di LinkedInMembuka Akaun TwitterMemanfaatkan Twitter sebagai Alat PemasaranTopik 8 –Video AnimationMenggunakan Perisian untuk Mereka Video ProfesionalTopik 9 – Pemasaran E-MelMemahami Kepentingan Pemasaran E-MelBagaimana Menulis Email untuk Higher InboxBagaimana Meningkatkan Kadar Pembukaan E-MelBagaimana Menetapkan Kempen E-Mel Menggunakan AutopilotTopik 10 – Pemasaran MobileMemahami Kepentingan Pemasaran MobileCara Menggunakan Pemasaran Mobile untuk menjana Prospek dan PenjenamaanJenis-Jenis Iklan Mobile Sedia AdaTopik 11 –  Mengoptimumkan Halaman Arahan (Landing Page)Membina Halaman Arahan Pertama AndaKepentingan Ujian A/B TBagaimana Menggunakan Peta Haba (Heatmap) untuk UjianBagaimana Menggunakan Google AnalyticsTopik 12 – Pengiklanan FacebookTeknik Terbaik Menggunakan Iklan Berbayar FBMenetapkan dan Mengoptimumkan Kempen FBTopik 13 – Pengiklanan Linkedin & SEO YoutubeMenetapkan Kempen LinkedIn Pertama AndaMemahami SEO YoutubeRanking Video Pertama Anda di YoutubeTopik 14 – Pengiklanan GoogleMemahami Jenis-Jenis Iklan Berbayar GoogleMenetapkan Kempen Iklan GoogleMenetapkan Pemasaran Semula (Remarketing)Topik 15 – Pengurusan Isi (Content)Kenal Pasti Content untuk PersonaKenal Pasti Content yang TularTopik 16 – Pemasaran AffiliatePengenalan kepada Pemasaran AffiliateJenis-Jenis Pemasaran Affiliate Sedia AdaBagaimana mendapatkan Pendapatan Pasif dengan AffiliateKenapa Belajar Pemasaran Digital dengan DMC?Kami antara perintis bidang pemasaran digital di Malaysia. Kami merunding dan merangka kursus pemasaran digital untuk universiti dan institusi.Kami hanya ajar apa yang berfungsi untuk masa kini. Kursus kami adalah yang terkini dan kami memberi tumpuan penuh kepada strategi yang terbukti berkesan, bukan hanya teori.Kami berpengalaman luas dalam teori dan praktikal. Kami menguruskan kempen pemasaran digital untuk pelbagai syarikat gergasi dan SME dalam membantu mereka menjana prospek dan kesedaran.Kami peduli tentang anda. Kami tahu bagaimana caranya untuk membuat anda merasa selesa and hanya ingin melihat anda berjaya dalam pemasaran digital.Siapa Kita?Kami mempunyai gabungan pengalaman melebihi 48 tahun, kami membantu organisasi dan individu mengambil kesempatan terhadap peluang yang terhasil dari gangguan digital. Keistimewaan kami adalah merangka akademi digital jangka panjang untuk menjana perubahan besar dalam organisasi besar. Kami menggunakan teknik penyelidikan tersendiri dan pengalaman luas kami untuk mengenal pasti keperluan dan merangka program pembangunan digital. Falsafah kursus dan latihan kami memberi tumpuan kepada pengetahuan praktikal yang tinggi yang boleh digunakan serta merta.Kursus Kami yang Lepas