Event is FINISHED

2018 Kelas E-Dagang SITEC 201: Pengurusan Produk

Description

2018 Kelas E-Dagang SITEC: Pengurusan Produk

Modul: Proses E-Dagang 201

Khas untuk mereka yang baru menjejakkan kaki ke dunia e-Dagang, kelas ini akan dipimpin oleh seorang jurulatih yang akan mengajar dan menjadi mentor dan disertai oleh penceramah lain yang semuanya berpengalaman dalam industri e-Dagang. Kesemua mereka akan berkongsi pandangan serta pengalaman sepanjang melibatkan diri didalam dunia e-Dagang.

Tentang Kelas Ini:

Pengurusan Produk memudahkan produk atau perkhidmatan suatu perniagaan untuk dihantar kepada pelanggan. Ia merupakan proses yang akan dialami oleh para pengguna, daripada memilih produk sehingga tibanya produk kepada pengguna. Dan keseluruhan proses merangkumi daripada setiap aspek termasuk penjualan produk, penyumberan produk dan penghantaran produk.

Proses e-Dagang adalah salah satu bahagian penting di dalam perniagaan atas talian. Oleh itu, sebagai usahawan yang berniaga di atas talian, kita perlu sentiasa mengemas kini kaedah, teknik, dan strategi tentang pengurusan produk bagi memastikan kelancaran perniagaan kita di atas talian.

Sertai Jurulatih Sulaiman Mokhtar untuk mengetahui tentang asas-asas e-Dagang, berserta penceramah jemputan lain yang berpengalaman dalam industri ini.

Selangor Information Technology E-Commerce Council (SITEC) ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015. Kami menganjurkan siri seminar yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana. Kami juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis forum dan panel perbincangan serta mengundang beberapa orang usahawan e-dagang yang telah berjaya dan cemerlang untuk berkongsi kisah suka duka & pengalaman mereka dalam dunia e-dagang. Kami berharap ia akan menjadi pemangkin kepada perusahaan tradisional serta para peniaga untuk membangunkan perniagaan mereka sehingga berjaya dalam perniagaan online agar dapat membantu Selangor untuk kekal di barisan hadapan bagi pertumbuhan sosial-ekonomi dan perkembangan pesat dalam e-dagang.

Penganjur: SITEC
Disokong oleh: Invest Selangor
Tarikh: 20 Mac 2018 | Selasa
Masa: 1:30PM - 4:00PM
Bayaran: Percuma
Tempat: SDCC (Selangor Digital Creative Centre)
Alamat: E-28-1, Jalan Multimedia 7/AG, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor. (Peta)

Aturcara
13:30 Sesi Pendaftaran
14:00 Pengenalan SITEC
14:10 Jurulatih - Sulaiman Mokhtar (Jurulatih Perniagaan E-Dagang di Avana)
15:10 Jurulatih 2 - Engku Anwar Hilmi ( Pengasas Bersama EA Marketplace)
16.00 Sesi Fotografi, Jamuan Ringan dan Sesi Berinteraksi
-Tamat-

* Kelas ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
* Maklumat lanjut mengenai Jurulatih, Penceramah dan Info Pasaran boleh diperolehi di halaman acara FB kami.

Siapakah yang patut hadir?
Para peniaga e-Dagang, Penyelenggara Teknologi Maklumat & Internet, Peniaga Kecil & Sederhana, Peruncit, Kedai Rantaian dan sebagainya.

Pertanyaan & Pendaftaran:
Laman Web: https://sitecec201bm.eventbrite.com
Emel: ecclass@sitec.com.my
Tel: 0172609960 (En. Salman)

Updates
  • The event description was updated. Diff#322048 2018-03-08 02:23:58
More updates
Tue Mar 20, 2018
1:30 PM - 4:30 PM MYT
Add to Calendar
Venue
SDCC, i-City
Tickets
RSVP FULL
Venue Address
SDCC (Selangor Digital Creative Centre), E-28-1, Jalan Multimedia 7/AG, City Park, i-City, 40000 Shah Alam, Selangor. Malaysia
Organizer
2018 SITEC E-Commerce Class
88 Followers
Attendees
5