Teater 'Ghaib' karya Faisal Tehrani | Peatix tag:peatix.com,2011:1 2022-10-11T13:02:16+08:00 Peatix Fakulti Teater ASWARA Teater 'Ghaib' karya Faisal Tehrani tag:peatix.com,2022:event-3332473 2022-09-08T14:00:00MYT 2022-09-08T14:00:00MYT Layout Panggung Eksperimen SinopsisGhaib karya Faisal Tehrani mengisahkan tentang Qayyimah yang menyambut kepulangan dua anaknya iaitu Isa dan Abraham pulang ke rumah setelah pandemik Covid-19 reda. Professor Saudade, seorang cendekiawan negara yang ulung meninggalkan banyak buku-buku dan gagasan idea yang besar bukan sahaja kepada keluarga ini tetapi kepada masyarakatnya. Anak-anak dan menantunya iaitu Suriram dan Tengku Maimunah mempunyai agenda untuk menguruskan ‘pusaka’ bernilai ini untuk kepentingan mereka sendiri termasuk menantu-menantunya. Namun Qayyimah berusaha untuk mempertahankan legasi dan peninggalan suaminya dari tidak disalahguna dan diseleweng oleh mereka yang tidak memahami sepenuhnya idea-idea progresif yang terlahir. Apapun, di balik gagasan idea dan muslihat anak dan menantu, ada rahsia yang Qayyimah simpan. Apakah sambutan kepulangan ini dilerai dengan kerinduan? Berjayakah mereka menyelesaikan hal harta pustaka ini? Adakah yang ghaib dapat dijelmakan?Teater ini diterbitkan oleh Fakulti Teater ASWARA di bawah program Selective Stage. Karya Faisal Tehrani dan arahan Fasyali Fadzly. Teater ini dibarisi pelakon Jun Lojong, Fadhli Masoot, Hariz, Kirin Muhamad dan Nesa Idrus.