[PLS-DERMAGA] Dari Teks Ke Pentas | Peatix tag:peatix.com,2011:1 2021-11-15T08:25:46+08:00 Peatix Malay Heritage Centre [PLS-DERMAGA] Dari Teks Ke Pentas tag:peatix.com,2017:event-261562 2017-05-06T14:00:00SGT 2017-05-06T14:00:00SGT Skrip merupakan tulang belakang sesebuah pementasan. Tanpa skrip yang berani mengkedepankan sesuatu isu dengan kritis lagi kreatif, pementasan tampak lemah - biarpun dihiasi lakonan mantap, tata cahaya yang berwarna-warni dan mengenakan teknologi terkini, serta tata rias dan muzik yang gah. Fungsi teater bukan sahaja sebagai hiburan hati yang lara atau untuk mengurangkan lelah. Sebaliknya, teater merupakan pentas perbahasan: antara idea sang penulis yang ditafsirkan oleh pengarah dan kemudian dijadikan nyata oleh para pelakon,  dan bibit-bibit kesedaran serta keprihatinan yang lahir daripada pergolakan jiwa penonton. Forum ini akan membincangkan tanggungjawab dan cabaran penglibat teater dalam menjayakan fungsi teater yang sedemikian.