Golden Point Award 2017 Workshop Series – Malay Poetry | Peatix tag:peatix.com,2011:1 2019-11-02T01:52:10+08:00 Peatix Arts House Limited Golden Point Award 2017 Workshop Series – Malay Poetry tag:peatix.com,2017:event-258342 2017-05-27T10:00:00SGT 2017-05-27T10:00:00SGT Simbolisme Puisi: Falsafah atau Falsampah?Bengkel Puisi Melayu bertajuk ‘Simbolisme Puisi: Falsafah atau Falsampah?’ akan memberi fokus pada simbolisme dalam puisi serta kaitannya dengan falsafah. Bengkel ini bukan memberi tunjuk ajar asas mencipta sajak tetapi untuk memberi pemahaman semula yang jelas tentang prinsip puisi sajak. Sajak yang baik mempunyai mesej yang jelas dan membawa bersama falsafah pemikiran. Puisi bukan hanya luahan kata penyair tetapi membawa khalayak pembaca sama-sama berfikir tentang suatu gagasan pemikiran. Keindahan puisi juga bergantung pada pemilihan kata yang tepat. Penggunaan kata-kata yang melampau dan sukar difahami hanya merosakkan keindahan puisi sajak dan menjadikan penyair itu ‘syok sendiri’.Melalui bengkel ini, peserta akan:1. Memahami prinsip puisi2. Mengenal pasti mesej3. Memahami simbolisme4. Memahami konsep falsafah5. Melihat kaitan simbolisme dengan falsafah6. Soal-jawab. The aim of this workshop is not how to craft a basic poem. Its focus will be to first bring back the understanding of what a poem is all about. A good poem needs a clear message and philosophy. A poem is not just an expression of self but it brings its audience to think and reflect. The beauty of a poem is also dependent on making good choices in word selection. However, the use of complex and convoluted words not only makes comprehension difficult, it also spoils the beauty of the work and makes the writer seem self-indulgent. During the workshop, participants will be able to:1. Understand the principles of a poem2. Identify the message in a poem3. Understand the concept of a philosophy4. Q&A with the facilitator Tentang Fasilitator:Noor Hasnah Adam mula menulis secara serius sejak tahun 1998 ketika belajar di Institut Pendidikan Perguruan NIE STP. Penulis ini memenangi banyak anugerah seperti tempat kedua cerpen Anugerah Pena Emas (2001) dan puisi Anugerah Pena Emas (2007). Beliau telah memenangi Anugerah Persuratan Hadiah Sastera (Malay Literature Prize) sebanyak tiga kali. Karya Noor Hasnah Adam merangkumi pelbagai genre seperti puisi, cerpen, esei, skrip dan dokumentari. Beliau turut dianugerahi Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong (Distinction) pada tahun 2008, Anugerah Penulis Harapan pada tahun 2009 dan anugerah Penulis Muda MASTERA di Jakarta pada tahun 2013. Karya-karya yang dibukukan adalah Mis3 Rasa (2008), KELARAI (2008), Mis3 Rasa Budaya (2011), Skripen Jilid 1: Hantu Nak Jadi Orang (2015) and Skripen Jilid 2: Alamak Melayu Alamak (2015).About the Facilitator: Noor Hasnah Adam Noor Hasnah Adam has been writing seriously since 1998 while she was studying at the National Institute of Education. The award-winning writer has previously won 2nd prize for the Golden Point Award in Short Stories and Poetry in 2001 and 2007 respectively. She also received the Anugerah Persuratan Hadiah Sastera (Malay Literature Prize) three times. Noor Hasnah Adam writes various genre from poetry, short story, essay, script and documentary. She was honoured to receive the Goh Chok Tong Youth Promise Award (Distinction) in 2008, Promising Malay Writer Award in 2009 and Young Writer MASTERA award in Jakarta in 2013. Her published works include Mis3 Rasa (2008), KELARAI (2008), Mis3 Rasa Budaya (2011), Skripen Jilid 1: Hantu Nak Jadi Orang (2015) and Skripen Jilid 2: Alamak Melayu Alamak (2015).Tentang Anugerah Pena Emas: Anugerah Pena Emas adalah sayembara menulis cerpen dan puisi yang ulung di Singapura. Sayembara ini adalah dalam empat bahasa utama: Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil. Sayembara ini telah ditubuhkan oleh Majlis Seni Kebangsaan sejak 1993, merupakan peraduan menulis kesusasteraan kebangsaan yang menyediakan platform yang penting bagi kemunculan bakat-bakat penulis baru. Matlamat sayembara ini adalah untuk mengenal pasti dan menyuburkan bakat penulis kreatif yang baru, membina gaya menulis kesusasteraan penulis-penulis di Singapura dan mewujudkan suatu persekitaran bagi pemikiran yang kreatif dan ekspresi sastera di Singapura.About the Golden Point Award:The Golden Point Award is Singapore’s premier creative writing competition for Short Story and Poetry in the nation’s four official languages: English, Chinese, Malay and Tamil. Established by the National Arts Council since 1993, the national literary writing competition is a significant platform for literary excellence and launching new writers. The competition aims to identify and nurture new creative writing talent, develop the literary penmanship of writers in Singapore and to create a conducive environment for creative thinking and literary expression in Singapore.