Event is FINISHED

(KASA) Roundtable Discussion on Low Emissions Pathway for Malaysia

Description
Briefing by the Secretary General of the Ministry of Environment and Water (KASA) on the importance of a low emissions pathway for the nation.

Please catch the livestream on the KASA FB page: https://www.facebook.com/KementerianAlamSekitarDanAir




Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) merupakan national focal point bagi perkara berkaitan perubahan iklim serta bertanggungjawab bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif perubahan iklim di peringkat nasional selaras dengan komitmen negara di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate Change - UNFCCC) dan Perjanjian Paris. Antara tindakan yang sedang dilaksanakan oleh KASA adalah membangunkan pelan perancangan jangka masa panjang yang dikenali sebagai Long-Term Low Emissions Development Strategies (LT-LEDS) untuk dikemukakan kepada UNFCCC.

3. Pendekatan low emissions pathway merupakan antara strategi negara bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas – GHG) dalam jangka masa panjang. Perancangan strategi dan pelan tindakan dalam mencapai low emissions pathway memerlukan komitmen, penglibatan dan kerjasama daripada kementerian dan agensi Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap sektor utama pelepasan GHG negara. Manakala, sektor swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam menyokong pelaksanaan low emissions pathway agar mencapai sasaran yang ditetapkan selaras dengan whole of nation approach dalam menangani isu perubahan iklim.

4. KASA dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC), Climate Governance Malaysia (CGM) dan World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) berhasrat untuk menganjurkan sesi meja bulat yang akan dijadikan one-off platform untuk berkongsi pandangan dan inisiatif berhubung low emissions pathway. Sesi ini juga bertujuan untuk mendapatkan input daripada pemegang taruh yang akan diambilkira dalam perancangan dasar dan pelaksanaan program-program Kerajaan pada masa akan datang. Untuk makluman, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, KASAakan merasmikan dan menyampaikan ucaptama semasa sesi ini.

5. Sehubungan ini, pihak YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dengan segala hormatnya adalah dijemput untuk menghadiri sesi Roundtable Discussion Low Emissions Pathway for Malaysiayang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 April 2021 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang

6. Kerjasama pihak YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof. / Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengemukakan maklumbalas kehadiran melalui pautan https://tinyurl.com/RTLowEmissionsPathway.

7. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi urus setia program seperti berikut:
i. Pn. Marhaini binti Mat / marhaini@kasa.gov.my / 019 - 775 8400; dan
ii. Pn. Sheela Inthiram / sheela@kasa.gov.my / 017 - 215 1299.

8. Kesudian pihak YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof. / Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi roundtable discussion ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Updates
  • The event description was updated. Diff#975022 2021-04-09 13:06:56
More updates
Mon Apr 12, 2021
9:30 AM - 12:30 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Online event
Tickets
General Admission FULL
Organizer
Reducing Emissions Pathway: Round Table Engagements
105 Followers

Sponsored content