BENGKEL ACE PERMOHONAN DAN PANDUAN MENGISI BORANG - PROGRAM PILIHAN INDUSTRI KRAF CENDANA (SESI 2) | Peatix tag:peatix.com,2011:1 2021-11-15T12:53:59+08:00 Peatix Cultural Economy Devlopment Agency) BENGKEL ACE PERMOHONAN DAN PANDUAN MENGISI BORANG - PROGRAM PILIHAN INDUSTRI KRAF CENDANA (SESI 2) tag:peatix.com,2021:event-1822975 2021-02-23T14:30:00MYT 2021-02-23T14:30:00MYT BENGKEL ACE PERMOHONAN DAN PANDUAN MENGISI BORANG PROGRAM PILIHAN INDUSTRI KRAF CENDANA (SESI 2)CENDANA menjemput penggiat seni kraf untuk menyertai Bengkel ACE Permohonan Dan Panduan Mengisi Borang Program Pilihan Industri Kraf CENDANA (SESI 2) pada hari Selasa, 23 Februari 2021 di laman Zoom. Sesi ini adalah khas untuk semua penggiat seni kraf yang berminat untuk mengemukakan permohonan untuk program pembiayaan Pilihan Industri Kraf CENDANA atau yang ingin mencalonkan artisan lain yang layak untuk program ini.Bukan itu sahaja, sesi ini juga akan meliputi makluman mengenai perincian Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang diumumkan baru-baru ini.Bengkel ACE ini akan dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia untuk memastikan lebih ramai golongan penggiat seni kraf yang boleh turut serta di dalam sesi tersebut. Sila pastikan yang anda telah membaca Terma Rujukan untuk Program Pembiayaan Pilihan Industri Kraf yang boleh dimuat turun daripada laman web CENDANA di pautan berikut:  Terma Rujukan Pilihan Industri Kraf CENDANA. Sila muat turun aplikasi Zoom di komputer atau telefon bimbit anda. Memandangkan terdapat juga sesi soal jawab, sila pastikan anda membenarkan penggunaan mikrofon di Zoom supaya anda dapat bercakap dan bertanyakan soalan.Sila pastikan anda membenarkan penggunaan kamera bagi tujuan pengesahan kehadiran andaDaftarkan kehadiran anda di peatix secara PERCUMA untuk menyertai Bengkel ACE ini melalui butang  kuning di sebelah kanan.AGENDAZOOM SECARA MAYA  // Selasa, 23 Februari 2021 AGENDA2:15 PM – 2:30 PMDaftar Masuk2:30 PMRingkasan Gambaran Keseluruhan: Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA)2:40 PMHuraian Terma Rujukan untuk Program Pilihan Industri Kraf CENDANAserta;Soalan-soalan Lazim bagi Program Pilihan Industri Kraf CENDANA3:15 PMPanduan Mengisi Borang PermohonanApa yang perlu dielakkan semasa mengemukakan permohonan anda / apa yang tidak boleh dilakukan semasa memohon 4.15 PMSesi Soal jawab4:30 PMTamat. #####