Event is FINISHED

1MET 4.0 Boot Camp 2016 - Bengkel Keusahawanan Percuma (2-Hari) @ Penang

Description

Berita baik buat rakan-rakan usahawan Georgetown dan semua yang berminat!

Kementerian Kewangan Malaysia akan menganjurkan program Latihan Keusahawanan 1Malaysia Entrepreneurs Bootcamp 4.0 (1MET 4.0) yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang mekanisme inovatif dan terkini dalam menjana idea dan model perniagaan berimpak tinggi, disamping menyemarakkan semangat dan minat dalam menceburi bidang keusahawanan alaf baru yang dapat membuka peluang kepada pembentukan usahawan berpendapatan tinggi.

Para usahawan serta bakal-bakal usahawan dijemput untuk menyertai program latihan yang bersifat intensif ini. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 5 – 6 November 2016
Masa : 7.30pagi – 6.00petang
Tempat : Akan diberitahu kelak.

Apa yang bakal anda pelajari?

  1. Pendedahan dan inspirasi terhadap model-model perniagaan yang unik, kreatif, inovatif, bermodal kecil, berskala tinggi, berimpak tinggi.
  2. Cara-cara dan mekanisme berfikir ‘outside the box’.
  3. Cara-cara inovatif mengubah masalah kepada peluang (problem solving skill) menggunakan ‘tools’ yang diadaptasi dari usahawan-usahawan berjaya di Silicon Valley.
  4. Penyediaan pelan perniagaan yang boleh terus diaplikasikan selepas program.
  5. Penggunaan media sosial yang berkesan dalam membuat ‘brand audit’, pengesahan dan ujian idea perniagaan, penulisan untuk pemasaran (copywriting), dan aktiviti pemasaran melalui media sosial yang praktikal..
  6. Kemahiran kewangan dalam penyediaan bajet, aliran tunai, untung rugi, dan penyediaan harga barangan..
  7. ‘Pitching’ dan penyediaan idea yang mantap untuk peluang mendapatkan mentor dan ‘coach’ 1MET 4.0 selepas program berakhir.
  8. Peluang untuk mengetahui tentang fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan sedia ada.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! MAKAN & MINUM DISEDIAKAN!

Agenda Hari Pertama
7.30am-8.30am : Pendaftaran dan Sarapan
8.30am-9.00am : Pembukaan dan Sesi ‘Ice-Breaking’
9.00am-9.30am : Menguasai minda usahawan alaf baru
9.30am-10.30am : ‘Lean Canvas’ sebagai Pelan Perniagaan
10.30am-1.00pm : Penjanaan Idea Perniagaan
1.00pm-2.00pm : Makan Tengahari & solat
2.oopm-3.00pm : Penjanaan model Perniagaan
3.00pm-5.30pm : Adaptasi Media Sosial

Agenda Hari Kedua
7.30am-8.50am : Pendaftaran & Sarapan
9.00am-9.30am :Pembukaan & Sesi ice-breaking
9.30am-10.30am : Hasil Validasi
10.30am-12.00pm: Pemasaran melalui Media Sosial
12.00pm-1.00pm: Asas Kewangan 1
1.00pm-2.00pm : Makan tengahari & solat
2.00pm-4.00pm : Asas kewangan 2
4.00pm-6.00pm : ‘Pitching’

Untuk sebarang maklumat lanjut;

Call/Sms : 010-4000434 / 0104000436
WhatsApp :017-3151528 / 0104000436

Event Timeline
Nov 5 - Nov 6, 2016
[ Sat ] - [ Sun ]
8:00 AM - 6:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
TBA
Tickets
1MET 4.0 Boot Camp 2016 - Bengkel Keusahawanan Percuma (2-Hari) @ Penang
Venue Address
George Town, Pulau Pinang Malaysia
Organizer
Senang Online
39 Followers