Event is FINISHED

BAHTERA (Utara) 2016 bersama BizMalaysia

Description

Pada tahun ini, BAHTERA akan belayar ke Sungai Petani, Kedah dan akan di adakan pada 8 & 9 Oktober 2016.

Selari dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera seperti digagaskan dalam Rancangan Malaysia ke-11, inisiatif BAHTERA ini adalah platform mapan terbaik untuk merapatkan jurang maklumat di kalangan usahawan. Ia akan membantu usahawan merangsang perniagaan mereka menerusi maklumat perniagaan yang pintar, strategi penjenamaan yang berkesan dan selari dengan pelaksanaan teknologi.

Daftar di www.bahtera.my

dan sahkan di sini untuk menyertai bersama BizMalaysia. Pengangkutan disediakan tertakluk kepada tempat yang ada.

Program BAHTERA pertama kali diadakan pada tahun 2015 di KLCC yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari (19 hingga 20 Ogos 2015) bertujuan untuk meningkatkan hubungan usahawanBumiputera dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam aktiviti pembangunan keusahawanan di Malaysia. Dengan tema “Bumiputera of Tomorrow”, program BAHTERA telah menyasarkan penglibatan semua peringkat usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera. Pendekatan tersebut ternyata telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan pendaftaran lebih 15,000 peserta.



Inisiatif BAHTERA bertitik-tolak dari usaha untuk menangani jurang maklumat, menjurus kepada penyediaan pelantar mampan untuk usahawan Bumiputra mentransformasikan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan berkualiti tinggi, pemasaran berstrategi ataupun penyampaian perkhidmatan, berkuasakan teknologi canggih serta konsep-konsep perniagaan baharu.

Program BAHTERA bertujuan menghimpunkan sektor awam dan swasta dalam usaha membina ekosistem sokongan yang lebih mantap buat Bumipreneurs.

---

The BAHTERA initiative is about addressing the information gap and bringing bumipreneurs to transform their ventures using business intelligence, marketing, or service delivery harnessing the use of technology and new business models.

BAHTERA aims to bring together private and public sector in building a stronger ecosystem supporting Bumipreneurs.

Event Timeline
Oct 8 - Oct 9, 2016
[ Sat ] - [ Sun ]
9:00 AM - 5:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Tickets
BAHTERA 2016 @ Sungai Petani
Venue Address
1 Jalan Indah Dua, 08000 Sungai Petani, Malaysia Malaysia
Organizer
Senang Online
39 Followers