Event is FINISHED

Dialog IMAN Research #3 - Antara Ritual Budaya & Agama

Description

Antara Ritual, Budaya & Agama

Kian hari, kian hilang amalan-amalan masyarakat setempat, dan disesuaikan atau diganti dengan sesuatu yang lebih bertepatan dengan fekah dan akidah Islam. Sama ada yang dikatakan mengandungi elemen syirik seperti pesta puja pantai dan melenggang perut, mahupun yang dilihat melanggar hukum syarak seperti bersanding dan tahlil arwah.

Mampukah ketulenan agama berdampingan dengan kepelbagaian budaya, atau adakah ia akan memusnahkan apa yang sedia ada? Budaya sudah tentunya tidak bersifat statik, tetapi terdapatkah kadar perubahan yang memusnahkan, sehingga akhirnya melenyapkan amalan dan praktik yang beragam, sehingga sesuatu masyarakat itu akhirnya bercakap, berpakaian, makan, minum dengan cara yang sama?

Haruskah kita bersikap sentimental dalam menghadapi perubahan budaya, atau kita harus terima bahawa ia suatu proses tabi’i yang terus-menerus berlaku? Mengapa budaya tempatan seakan tiada daya tahan untuk menentang arus perubahan sama ada yang dibawa oleh pengaruh agama atau lain-lain seperti ekonomi dan sains?

Panelis:

1. Dr. Lawrence Ross - Pensyarah, UM
2. Wan Ji Wan Hussin - Penceramah Bebas
3. Dina Zaman - Penyelidik, IMAN Research

Moderator: Afiq M Noor
Event Timeline
Sat Aug 27, 2016
3:00 PM - 5:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Makespace, Quill City Mall
Tickets
Free Pass
Venue Address
Makespace LG 2, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, 52050, KL Malaysia
Directions
Makespace can be accessed from the main entrance (from outside) of Quill City Mall (Near H&M)
Organizer
Makespace Lab
288 Followers