Event is FINISHED

ASKARpreneur : Finding the balance The AMIR of your business

Satu program di bawah BAHTERA.
Description
ASKARpreneur

Tajuk : ASKARpreneur : Finding the balance The AMIR of your business

Tarikh : 19 OGOS 2015

Hari : Rabu

Tempat : ROOM 2 , KLCC Convention Center

Masa : 11 pagi - 1 petang

Fasilitator : Coach Ritakamal "Rik" Sadiman, Coach Mustahidin Salim dan Coach Rostam Effendi

Program akan dijalankan dalam Dwi Bahasa, Melayu dan Inggeris.

Sila tekan butang "GET TICKET" untuk mendaftar. Untuk hadir klinik ini WAJIB daftar. Terima Kasih.

======================================================


KONSEP ASKARpreneur

1. Program untuk membangunkan Usahawan yang seimbang berlandaskan SYARIAH, bercirikan ASKAR untuk menjadi AMIR.

2. Memahami dan mempraktikkan kehidupan seimbang sebagai AMIR.
A = Agama
M = Masyarakat
I = Insan
R = Rezeki

3. Menerapkan nilai-nilai ASKAR
A = Attitude (Sikap)
S = Skill (Kemahiran)
K = Knowledge (Pengetahuan)
A = Action (Tindakan)
R = Resilience (Daya Tahan)

Latar Belakang ASKARpreneur :
Dimana dan bagaimana usahawan boleh mendapat bantuan kewangan?
Mengapa idea yang bagus gagal bila dikomersilkan?
Kenapa perniagaan tidak boleh berkembang atau gagal?
Bagaimana hendak menjadikan perniagaan berdaya tahan?
Siapa boleh mentor dan bimbing usahawan?
Bila masa yang sesuai untuk menjenamakan produk atau perniagaan?

Soalan-soalan sebegini memang selalu dipertanyakan oleh usahawan, dan memang ada banyak jawapan di luar sana.
Di negara kita sahaja, ada ribuan “Business Gurus” dengan pelbagai jawapan. Sebagai ASKARpreneur, jawapan kami bukan sahaja praktikal tetapi bersandarkan pengalaman menjalankan bisnes melalui cabaran-cabaran sebagai seorang usahawan. Kami percaya untuk menjadi seorang usahawan berjaya, seseorang itu perlu hidup secara seimbang, menuju kearah menjadi AMIR*.

ASKARpreneur adalah satu pergerakan yang mempromosi ciri-ciri ASKAR**, satu konsep yang dibangunkan berdasarkan puluhan tahun pengalaman perniagaan pengasas-pengasas dan juga tim perintis.

IdeaStore adalah merupakan markas pergerakan ASKARpreneur. Ibu pejabat markas adalah di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ideastore juga terdapat di Shah Alam dan Puncak Jalil.

Banyak lagi IdeaStore akan dibuka di seluruh negara. Konsep yang merangkumi IdeaStore adalah ianya satu tempat untuk usahawan berjumpa, membangunkan rangkaian dan menjadikan idea sebagai penjana kewangan.

Mari KITA bersama mulakan pengembaraan KITA sebagai usahawan ASKARpreneur.

Program-program ASKARpreneur
1. Induksi (2 hari 1 malam)
- Sikap (Attitude) – 5 asas sikap
- Pengetahuan (Knowledge)

2. Bootcamp indoor dan outdoor (3 hari 2 malam setiap satu)
Memperkasakan ASKAR :
a) Sikap (Attitude)
b) Kemahiran (Skill)
c) Pengetahuan (Knowledge)
d) Tindakan (Action)
e) Daya tahan (Resilience)

3. Program NCO (Pegawai tidak bertauliah) (3 bulan)
a) Latihan penyelenggaraan perniagaan.
b) Mentor (Mentoring) dan bimbingan (Coaching)

4. Program Pegawai (6 bulan)
a) Mengembangkan perniagaan.
b) Daya tahan.


    Induksi Askarpreneur

Event Timeline
Updates
  • The event description was updated. Diff 2015-08-10 10:24:41
More updates
Wed Aug 19, 2015
11:00 AM - 2:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
KLCC Convention Center
Tickets
FREE
Venue Address
KLCC Convention Center Malaysia
Organizer
Rostam Effendi
79 Followers